CONGO BARS resepi

Bahan-bahan:
Tepung gandum – 2 3/4 cawan
Baking powder – 2 1/2 sudu teh
Garam – 1 sudu teh **saya tak letak**
Mentega – 2/3 cawan **saya guna salted butter**
Gula perang – 2 cawan **resipi asal 2 1/4 cawan**
Telur Gred B – 3 biji
Esen vanila – 2 sudu teh
Chocolate Chips – 2 1/2 cawan **1/2 cawan untuk ditabur atas adunan**
Kekacang – 1/2 cawan **optional, saya tak letak**
Cara-cara:
1- Panaskan ketuhar pada suhu 170-180 C terlebih dahulu.
2- Ayakkan tepung gandum, baking powder dan garam di dalam satu mangkuk. Boleh juga gaulkan sahaja jika malas nak ayak.
3- Satukan mentega dan gula perang dan pukul sehingga sebati dan gula jadi agak mencair sedikit. Tak perlu terlalu lama.
4- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati.
5- Masukkan esen vanila.
6- Masukkan campuran tepung gandum, baking powder dan garam ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
7- Masukkan chocolate chips dan kekacang. Masa ini boleh gaul guna kaedah kaup balik dengan menggunakan spatula sahaja. Jika guna mixer, guna kelajuan perlahan untuk elakkan chocolate chips tu menjadi hancur.
8- Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan chocolate chips atau kekacang di atas adunan. Saya gunakan loyang petak saiz 9″x11″.
9- Akhir sekali bakar adunan sehingga masak. Anggaran masa lebih kurang 30-45 minit. Jangan terlebih bakar ye.

Comments

Popular Posts