Roti jala dengan kari ayam resepi



Roti jala
Bahan bahan:

3 cawan tepung gandum
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan santan cair
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:

Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam bekas sos 3 tips.

Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalikkan terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah kari ayam atau serawa.


Kari ayam
Bahan bahan:

4 ketul ayam
2 biji kentang - potong dadu
1 1/2 labu bawang besar saiz besar
6 ulas bawang putih
3 inci halia
1 asam keping
1 kotak santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara cara:

 Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia yang telah di’blend’ sehingga kekuningan.
Kemudian masukkan rempah kari dan sedikit air kacau seketika supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan pecah minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.
 

Comments

Popular Posts