MUST KNOW!!! PLUS claim/ganti rugi accident di highway



Jika berlaku kemalangan di highway, 

  • pertama catat masa, kilometer, ambil gambar tempat kejadian, kenderaan yang terlibat (kenderaan sendiri, lori,kereta lain).
  • Jangan lupa minta resit sewaktu exit highway dan bole ambil form  di pejabat PLUS. Harus buat police report untuk record and diantara dokumen yang diperlukan untuk buat claim


Pihak PLUS juga akan meminta beberapa dokumen lain seperti salinan geran, photostat IC & lesen, salinan insuran etc, resit baik pulih kereta, gambar kenderaan sebelum dan selepas kemalangan.

Selepas semua dokumen yg PLUS mahukan sedia, hantarkan terus ke Menara Persada PLUS bagi memudahkan dan mempercepatkan process tuntutan. Hantarkan sekali dengan borang yang telah pihak PLUS berikan. 

Process siasatan hanya akan dijalankan selepas 30 hari borang n dokumen2 lengkap dihantar kepada pihak PLUS.

Wakil branch PLUS (dimana anda jatuh/kemalangan) akan call dan bertanyakan tentang kes kemalangan anda dan mereka akan siasat dan akan support report/aduan yg telah anda hantar kepada pihak PLUS (mereka refer borang tuntutan anda).

Insha Allah dalam 2 bulan, PLUS telah menghantar surat ke alamat rumah dan sama ada bersetuju atau tidak utk membayar ganti rugi.

Comments

Popular Posts